Friday, 16 October 2015

IT'S "BACK TO NATURE" TIME!

Bosan mandi laut? Typical reason yang gugurls selalu bagi? --> "panas lah, nanti kulit I hitam". Haa, dah sudah.. balik rumah mencanak cari produk nak bagi putih balik. ( terngiang-ngiang plak iklan qu puteh) "ANDA NAK CANTIK? NAK PUTIH? GUNAKANLAH QU PUTEH, BARULAH PUTTEEHHHH! ;p )

okay, enough with iklan. tujuan post kali ni bukan sebab nak promote Qu Puteh ye.. (kihkihkih) Ni ceq nak habaq mai kat hangpa semua. kalau dok jaga kulit sangat, mai pakat ramai-ramai p mandi kat air terjun jaa. haaa banyak pokok-pokok nalaaa punya besaaqqq dok halang hangpa daripada cahaya matahari yang bersinar menyilau mata hangpa. sambil-sambil mandi, boleh cuci mata dengan memandang dedaunan kehijauan gittew.. ala-ala mencari ketenangan abadi lah kata orang tu kan? omputeh habaq apa? "back to nature"? pon boleh la sisturrrr.... jom tengok lokasi ayaq terjun mana yang hangpa semua boleh pegi. psstt.. nak pi semua pun boleh aih! tak dak sapa halang. ajak ceq sekali naaa.. ;P


 

1. Air Terjun Kota Tinggi, Johor

Let's start with Johorians.. Air Terjun Kota Tinggi adalah tempat yang ideal untuk berkelah, yang memberikan tarikan samada kepada penduduk tempatan atau pelancung asing. Berpunca dari puncak Gunung Panti, air terjun ini menjunam jatuh ke permukaan batu lebih kurang 34m ke dalam sebuah kolam kecil di bawah. Menyelam ke dalam air gunung  yang dingin adalah satu pengalaman yang menyeronokkan, terutama sekali apabila cuaca sangat panas.Dengan bunyi air yang berirama menurun ke bawah di atas batu dan pemandangan hebat air yang berkilauan di sinaran matahari, Air Terjun Kota Tinggi benar-benar satu tempat untuk berehat dan berseronok. 

 

2. Air Terjun Lata Bukit Hijau, Kedah
Lebih kurang  54km dari pekan Kulim ialah Air Terjun Lata Bukit Hijau. Terletak di dalam hutan rekreasi Bukit Hijau, air tejun bertingkat-tingkat ini bermegah dengan kejernihan airnya. Tambahan pula, kebersihannya membuatkannya terkenal dikalangan pecinta alam. Di sini, seseorang boleh juga mendapatkan laluan hutan sepanjang 3 kilometer yang merentasi hutan simpan tidak terusik menuju ke Gunung Inas yang berdekatan yang mempunyai ketinggian 1.454 meter. Antara air terjun yang terkenal ialah Batu Hamper di Yan, 32km di selatan Alor Setar, Puncak Janing, 15km di timur laut Alor Setar di daerah Padang Terap, Air Terjun Junjung di Kulim; dan Lata Mengkuang di Sik, 72km di utara Alor Setar.              


3. Air Terjun Lata Beringin, Kelantan
Air terjun ini sangatlah terpencil dan selalu dicari orang sebab ke'ekskusifan'nya (betul ka dak ejaan ceq? bedal la janji hangpa paham ;p). Air terjun ini sangat menawan dengan derasan aliran airnya. Kejernihan airnya sangat terasa sempurna dan memberikan daya tarikan yang tersendiri. . Berkunjung ke Air Lata Beringin ini akan memberikan pengalaman baru dalam menjelajahi hutan dan air terjun di tanah Kelantan. Nak berkelah sangat-sangat sesuai lah kat sini.
4. Air Terjun Kijang, Nismilan
Air terjun yang bergema adalah satu pemandangan yang menakjubkan  yang menanti  pengembara yang berani  merempuh masuk ke  pendalaman hutan Jelebu selama dua jam dari Kuala Klawang. Ia hanya boleh dimasukki dengan menggunakan kenderaan empat roda, dan mereka yang ingin mencuba nasib di sini patut bersedia melalui jalan-jalan yang sempit, licin dan berbelok-belok. Perjalanannya boleh menjadi begitu mencabar; terutama sekali apabila hujan kerana kemahiran dan keberanian anda akan diuji sambil anda memandu dicelah-celah kayu balak yang terbaring di tanah. Oleh kerana sebahagian dari perjalanan itu adalah dengan berjalan kaki, pelawat-pelawat  boleh mengalami perasaan berada di tengah-tengah ketebalan hutan tempatan, dan melihat dengan mata sendiri dan merasai ketenangan  laluan pengembaraan itu. Pemandangan hebat Air Terjun Kijang yang bertingkat-tingkat itu berlatar belakangkan alam semulajadi yang tidak terusik adalah satu anugerah yang cukup memadai.      
5. Air Terjun Lata Iskandar, Pahang
Air Terjun Lata Iskandar terletak hanya seberang jalan menuju ke Cameron Highlands. Ia adalah tempat persinggahan yang popular dikalangan pelawat-pelawat. Hutan disekelilingnya mempunyai pelbagai flora dan fauna. Sebuah bazar kraftangan dengan hasil kerjatangan yang indah dari orang asli boleh didapati di tapak air terjun dengan gerai-gerai yang berhampiran menyediakan makanan-makanan dan minuman ringan.     

6. Air Terjun Lata Kinjang, Perak

Air terjun bertingkat-tingkat yang hebat ini menjunam 850 meter ke bawah sebelah tepi gunung dan merupakan pemandangan yang sangat menarik. Daerah Batang Padang juga menjadi kediaman kepada beberapa kawasan yang didiami oleh orang asli. Pelawat-pelawat boleh menikmati satu perkelahan yang menyeronokan  bersebelahan dengan batu-batu dan merasa kedinginan selaman di dalam kesegaran air gunung.  Pelawat-pelawat boleh juga melawat sebuah dusun dan taman buluh di sini. Air tejun terletak sejauh 18km dari pintu keluar Tapah dan ianya boleh dilihat dari Lebuhraya Utara-Selatan dari pintu keluar Tapah.


7. Air Terjun Sekayu, Terengganu
Air Terjun Sekayu terletak di daerah Hulu Terengganu iaitu kira-kira 16 kilometer dari Pekan Kuala Berang dan 56 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu. Air Terjun ini termasuk dalam kawasan Hutan Simpan Hulu Terengganu. Kalau korang perasan, bait lagu Iklim Blues Terengganu Kita ada mention Air Terjun Sekayu ini. “Sekayu comei zamang berzamang” . Inilah dia Sekayu yang dikatakan comel zaman berzaman itu. =p Di Air Terjun Sekayu, ada juga disediakan kemudahan tempat penginapan dan tapak perkhemahan yang menjanjikan harga yang sangat berpatutan.

8. Air Terjun Sungai Gabai, Hulu Langat, Selangor
Air terjun ni sangat popular kat Hulu Langat, sama lebih kuranglah dengan Sungai Congkak. Satu tempat yang ideal untuk berenang, berkelah dan bersantai,  ia adalah tarikan popular pada hujung minggu. Air terjun ini menawarkan pemandangan beberapa air terjun yang indah yang menjunam dari ketinggian 100m yang mengagumkan ke dalam beberapa siri kolam.    

Seriously talk, banyak lagi air terjun kat Malaysia ni yang kita semua belum tentu dah dapat pegi semua kan? Kali ni ceq post yang agak-agak famous ja dulu. Haa tunggu apa lagi kawan-kawan? Pi lah download apps TripAdvisor, usya apa-apa yang patut, ajak satu family pi ayaq terjun ni ye..

No comments:

Post a Comment